Thursday, December 2, 2010

EXERCISE LIDAH...

P/S : Sebelum baca ... sila buat exercise untuk lidah dulu ....

Cerita yg bermula dengan huruf K :

KODOK KAWAN KETAM

Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam, "Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam ... kenapa?" Ketam kata, "Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut ... kakakku kata, kalau kukuku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan. Kodok kata kekalutan, "Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?" Ketam ketawa, "Kah.. kah.. kah.. kah.. kih.. kih.. kih.. kih.. kuh.. kuh.. kuh.. kuh!! Kodok.. Kodok.. kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?" Kodok kata kepada Ketam, "Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?" Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok. Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat. "kelekuk !", kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok. Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku? Kan kesakitan." Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

Cerita yg bermula dengan huruf C :

COPOT CAHABAT CIPUT

Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik. Ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput. Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah. Cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau. Cahye cerah cube culik copot. Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cahye cerah cempat culik copot. Copot cangat cuak. Ciput came copot cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. Ciput came copot cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahye cerah cucah cari ciput came copot. Ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap copot...". Copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap camelah...". Celepas cejam, cahye cerah cudah chow cebab cucah cari ciput cape copot. Ciput came copot cangat cuke cebab cahye cerah cudah chow. Copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput celamatkan copot...". Ciput cenyum cambil chow came copot.

Diam itu lebih baik

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”
(Mutafaq ‘alaih)

Daripada Muaz bin Jabal r.a, berkata : ” Khabarkan kepadaku suatu amalan yang membolehkan aku masuk ke dalam syurga dan menjauhkan aku dari neraka. ”

Jawab Nabi SAW : ” Sebenarnya engkau telah bertanya suatu pekara yang besar, dan
sesungguhnya amat mudah sekali bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah Ta’ala, iaitu
Hendaklah engkau menyembah Allah dan tidak menyekutukanNya dengan suatu yang lain.
Engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa sebulan Ramadhan dan
mengerjakan haji ke Baitullah. ”

Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan pokok amalan, tiangnya
dan kemuncaknya? ”

Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah . ”

Sabda baginda : ” Pokok amalan ialah Islam, tiangnya ialah sembahyang dan kemuncaknya ialah jihad. ”

Kemudian Nabi bersabda lagi : ” Mahukah engkau aku khabarkan kunci kepada semua
perkara ini ?”

Aku menjawab : ” Mahu, ya Rasulullah. ”

Lalu baginda memegang lidahnya seraya berkata : ” Awas, jaga ini baik-baik. ”

Aku bertanya : ” Ya Rasulullah, adakah kami akan dituntut kerana berkata dengannya ? ”

Baginda lalu menjawab : ” Dan tidak akan dicampakkan manusia ke atas muka mereka
atau batang hidung mereka ke dalam neraka, melainkan hasil tutur bicara mereka. ”
(Riwayat Tirmizi)

Wednesday, December 1, 2010

Cara Jawab Telefon Yang Betul

"Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).


1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap.sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak mahu memberikan
perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri.saya sibuk.maap

9. Soalan: halloo......
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap. ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le
tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite
wajib jawab)

Surat Cintaku Untuk Mu (Versi Kanak-Kanak)


camnie rupenya kalau budak-budak kecik becinta
unggu masa sekola dulu tak de
lak nak becinta-cinta neh..
ingat lagi masa kawan laki call umah ; arwah abah terus tanye cam polis :
sapa nama ?
dok mana ?
call nak cakap ape ?
bapak sape nama ?
dah puas hati dia tanye baru dia panggil ha ha ha....
tapi mak bapak sekarang neh bile boy fwen / gurl fwen call
lekas-lekas panggil anak suruh jawab call
kadang-kadang tengok parents diaorang lak lebih-lebih
tanye sape nama gf or bf diaorang
pastue siap belikan henpon, pastue siap tanye kredit hp ada lagi tak?
lau tak de papa or mama nak top upkan
camner la moral budak-budak sekarang tak rosak :|


surat cintaku untuk mu
see see....
siap bersayang-sayang bagai
adeeeii................. kecik-kecik lagi dah pandai nak sayang-sayang
p/s : sape-sape yang ada anak or adik tengok-tengok la celah-celah buku diaorang
kot ada surat cinta ke ha ha ha...



Beza Mentega Dan Marjerin


Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang
yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu
memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan
tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.


Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin
dengan pelbagai perasa baru.


TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin
dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik!

Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin.

Dengan memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang
terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain
dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding
marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak
berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega
sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang
dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat
tinggi kandungan asid lemak Trans.

Meningkatkan risiko penyakit jantung
koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta
LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus).


Marjerin menaikkan risiko penyakit barahsebanyak lima kali ganda. Ia
mengurangkan jumlah susu badan.

Ia juga merendahkan respons pertahanan
tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan.

INI IALAH BAHAGIAN YANG
SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKULuntuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari
memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui
proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur
molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.

Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat
yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya
memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar
baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak
atasnya.

Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda
meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?


BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah
berkurang.

Akibatnya....

sumber dari AyuMi_ShiMyzu

BERHENTILAH MENANGIS!!!


KENAPA AKU DIUJI?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "...
..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12



RENUNG2KAN.....


Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.


Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.


Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.


Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang