Wednesday, December 1, 2010

Beza Mentega Dan Marjerin


Marjerin pada asalnya bahan yang dihasilkan bagi menggemukkan ayam belanda
(turkey). Apabila ia menyebabkan kematian kepada haiwan terbabit, orang
yang melabur wang mereka dalam kajian itu mahukan wang mereka semula lalu
memerah otak untuk mencari jalan apa yang mahu dibuat dengan barangan
tersebut bagi mendapat semula wang pelaburan mereka.


Ianya adalah sebatian bahan berwarna putih yang tidak menyelerakan lalu
mereka tambah pewarna kuning dan menjual kepada orang ramai sebagai ganti
mentega. Suka tak? Mereka dengan liciknya telah menghasilkan marjerin
dengan pelbagai perasa baru.


TAHUKAH ANDA ...perbezaan antara marjerin
dan mentega?
Bacalah sehingga ke akhirnya.anda tentu tertarik!

Kedua-duanya mempunyai
jumlah kalori yang sama. Mentega sedikit tinggi kandungan lemak tepunya
sebanyak 8 gram berbanding 5 gram pada marjerin.

Dengan memakan marjerin
boleh meningkatkan penyakit jantung pada wanita sebanyak 53% berbanding
memakan jumlah sama mentega, menurut Kajian Perubatan Harvard yang
terbaru.

Memakan mentega meningkatkan penyerapan banyak nutrien lain
dalam makanan. Mentega mempunyai banyak faedah nutrisi berbanding
marjerin kerana ia adalah makanan tambah nilai!

Mentega lebih enak
berbanding marjerin dan ia boleh menaikkan rasa makanan lain. Mentega
sudah pun wujud selama berabad-abad sedangkan marjerin terhasil kurang
dari 100 tahun.

Dan sekarang kita bercakap tentang marjerin. Ia sangat
tinggi kandungan asid lemak Trans.

Meningkatkan risiko penyakit jantung
koronari sebanyak tiga kali ganda. Ia meningkatkan kolesterol total serta
LDL (kolesterol berbahaya) dan menurunkan HDL (kolesterol bagus).


Marjerin menaikkan risiko penyakit barahsebanyak lima kali ganda. Ia
mengurangkan jumlah susu badan.

Ia juga merendahkan respons pertahanan
tubuh serta keberkesanan insulin semula jadi badan. Dan ini ialah fakta yang paling membimbangkan.

INI IALAH BAHAGIAN YANG
SANGAT MENARIK!

Marjerin hanya kekurangan SATU MOLEKULuntuk menjadi PLASTIK. Fakta ini sahaja sudah cukup membuatkan saya mengelak dari
memakan marjerin seumur hidup saya dan setiap barangan yang melalui
proses hidrogenasi (ia bermakna hidrogen ditambah, mengubah struktur
molekul bahan).

Anda boleh cuba melakukan ujikaji ini: Belilah satu mangkuk marjerin dan tinggalkan ia dalam garaj mahupun tempat teduh.

Dalam masa dua hari anda akan dapati dua perkara berikut: *tiada lalat
yang menghurung, tidak juga lalat buah akan menghampirinya (ia sepatutnya
memberitahu sesuatu kepada anda) *ianya tidak akan membusuk atau bertukar
baunya kerana ia tiada nilai-nilai nutrisi; tidak akan ada apa yang tumbuh atasnya. Hatta satu mikroorganisma juga tidak akan membiak
atasnya.

Kenapa? Kerana ia sangat hampir kepada plastik. Mahukah anda
meleburkan Tupperware dan menyapu ia ke atas roti anda?


BAGUSLA KALAU DAH TAHU..Sebar2kan supaya jumlah pesakit jantung & barah
berkurang.

Akibatnya....

sumber dari AyuMi_ShiMyzu

No comments: