Sunday, November 28, 2010

❤ Rambut Baru ❤


Ahad yang sudah nie aku gi buat rambut baru
ha ha ha ...
bosan kot ngan rambut rebonding
so now aku perming rambut aku
wOoT-wOoT

salah satu sebab aku wat perm nie atas nasehat dan idea member aku
bak kata member aku :
"ko nie sik rebonding je ungu, ko nie tak ada seni la "
"ko tau tak orang yang wat rambut rebonding tue cam kertas lukisan yang kosong"
"kalau ko buat rambut perm or curl baru la nampak cara "
"kalau ko perm baru lah nampak cam kertas lukisan yang berwarna"

aku sebenarnye tak paham ngan member aku neh =.=
dia neh memang ley sakit jiwa kalau layan
but im so happy cuz dia jenis kawan yang tak menyusahkan aku
tapi aku memang nak curl pon.. last aku berambut curl masa tahun 2007 kot
owh... btw pic tok rambut baru tak ley upload lagi sebab muke tengah mengalami pengelupasan yang amat dasyat

so next week baru ley upload gambar rambut baru
ha ha ha ....
btw mak aku pon ada komen sal rambut baru aku =.=
dia ckp terserlah kesepetan mata aku dan muka aku lagi nampak cam anak cina =.=
duhhh......
Mak aku memang tak suke aku simpan rambut panjang
ha ha ha....
aku pon tak paham nape tah dia obses sangat nak aku rambut pendek
ha ha ha...
tapi pape pon ....
i Love u Mum ❤
thanks sebab paham anak mak sorang neh ❤
thanks sebab sentiasa ada untuk ungu ❤








❤ Dihujung MinggU❤

assalammualaikum wbt ...
pernah tengok orang main kuda kepang tak?
mesti ada yang pernah dan ada yang tak pernah kan..
last weekend ada pertunjukan kuda kepang kat tanjung emas Muar Johor
so masa tue unggu pon berkersempatan la tengok diaorang main kuda kepang
tapi sekarang nie dah jarang sgt nak tengok orang main kuda kepang
kalau diaorang main pon setakat tarian je.
tak macam dulu masa kita kecik-kecik; tgk diaorang main kuda kepang ada yang sampai kena rasuk takot gile...
ape-ape pon memang best sangat tengok orang main kuda kepang
paling best bile dengar music yang diorang main
rasa cam nak menari je ha ha ha....






20 fakta menarik mengenai Islam

1. Nama “Muhammad” adalah nama yang paling banyak digunakan di seluruh dunia, juga tempat pertama di Britain menewaskan nama Jack dan Harry.

2. Albania merupakan negara satu-satunya Islam di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam

3. Kata-kata berikut ini diambil dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan ‘Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl.

4. Beberapa ayat di dalam Al-Qur’an menggambarkan pentingnya persamaan hak antara lelaki dan wanita ( secara perkiraan matematik ). Kata “lelaki” dan “Wanita” di dalam Al-Qur’an sama-sama berjumlah 24

5. Tidak ada apa-apa di dalam Kaabah.

6. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber. Pemeluk Islam bertambah 2.9% setahun. Pertumbuhan ini lebih cepat berbanding pertumbuhan jumlah penduduk bumi sendiri yang hanya 2.3% setahun.

7. Umat Hindu percaya bahawa di dalam Kaabah ada salah satu dari Tuhan mereka yang bernama “Shiva Lingam”

8. Jikalau sekarang Al-Quran dihancurkan kesemuanya, maka versi arab dari Al-Quran akan segera di-recover oleh jutaan muslim, yang disebut Hafiz yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Quran dari mulai awal sampai dengan akhir ayat. Al Quran adalah satu-satunya kitab suci yang dihafal jutaan manusia sehingga keaslian/kesuciannya sentiasa terjaga.

9. Berdasarkan data dari Kementerian Pertahanan Amerika Syarikat. Dari 1.4 juta askar Amerika, lebih kurang 3,700 daripadanya yang beragama Islam.

10. Seramai 8 juta orang Muslim yang kini ada di AS dan 20,000 orang AS masuk Islam setiap tahun selepas peristiwa 9/11.

11. Jasad Nabi Muhammad pernah dicuba dicuri 2 kali, namun kedua-duanya gagal.

12. Jasad Firaun (Ramses II) yang tenggelam di laut merah, baru ditemui oleh arkeologi Giovanni Battista Belzoni tahun 1817. Setelah 3000 tahun berada di bawah tanah dan pasir.

13. Solat yang pertama dilakukan oleh Rasulallah SAW menghadap Masjidil Haram adalah solat Asar bersama para sahabat,sebelumnya berkiblat ke Masjidil Baitul Maqdis selama enam belas bulan.

14. Nabi Muhammad SAW tidak pandai membaca dan menulis, namun ingatannya sangat kuat dan sangat bijak.

15. Kata-kata terakhir Nabi Muhammad SAW sebelum wafat adalah “Ummatii … ummatii … ummatii” yang menunjukkan betapa besar cintanya kepada umatnya.

16. Rasulullah SAW telah mengetuai 23 kali perang, hanya sekali sahaja kalah iaitu Perang Uhud.

17. Musa A.S adalah nama yang paling banyak disebut dalam Al-Quran, manakala Maryam adalah satu-satunya nama perempuan yang disebut dalam Al-Quran.

18. Semua anak lelaki Nabi Muhammad, iaitu Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Ramai ulama mengatakan Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru.

19. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden.

20. Makam Ibrahim bukanlah kubur Nabi Ibrahim A.S sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang. Makam Ibrahim adalah batu bekas tapak kaki baginda semasa Nabi Ibrahim membangun Kaabah.

Wednesday, November 24, 2010

11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!
Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit "Diam, semuanya diam!".

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. "Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!".

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah "Oksigen cukup tak kat situ?"

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu "Ini adalah area SAYA"

10 benda yang tak boleh dibeli dengan duit

DUIT, di zaman materialistik sekarang ini, semua orang mahukan duit. Orang dewasa, remaja bahkan kanak-kanak kecil sekalipun kenal dengan sekeping kertas yang diberi nama “duit”. Memang duit penting dalam kehidupan, tanpa alat tukar ini kita tidak boleh memenuhi keperluan hidup. Duit membuatkan manusia melakukan perkara yang diharamkan, manusia menjadi rakus kerana duit, manusia pecah amanah, rasuah, merompak, melacur malah membunuh manusia lain kerana duit. Kejayaan orang di zaman kini juga diukur dengan banyaknya duitnya.

Tetapi walau bagaimana pentingnya duit, masih ada benda yang tidak boleh dibeli dengan duit.


1. Masa

Duit tidak akan dapat mengembalikan masa yang telah berlalu.Setelah hari berganti, maka masa 24jam tersebut akan hilang dan tidak akan mungkin akan kembali lagi. Oleh itu gunakan setiap kesempatan yang ada untuk menyatakan perhatian dan kasih sayang anda kepada orang yang sangat anda sayang dan anda cintai, sebelum waktu itu berlalu dan anda menyesalinya.Begitu juga dengan tanggungjawab dengan Allah, jika kita terlepas waktu Subuh pagi tadi, ia tidak dapat ditukar dengan berapa juta pun wang untuk kembali ke waktu Subuh tadi.
2. Kebahagiaan
Memang kedengaran pelik, tapi inilah kenyataannya. Duit
memang boleh membuat anda merasa senang kerana anda boleh bercuti mewah, memberi laptop dengan kemudahan yang sangat canggih, atau membeli kereta d
an rumah mewah 8 tingkat sekalipun. Tetapi duit tidak boleh menghadirkan sececah kebahagiaan dari dalam lubuk hati kita. Berapa ramai orang kaya yang tidak boleh tidur walaupun d
alam aircond yang sejuk dan dalam bilik yang super mewah yang katilnya berharga berpuluh ribu ringgit.
3. Kebahagiaan Anak
Untuk membeli makanana dan pakaian yang bagus-bagus untuk anak tercinta memang memerlukan duit. Tetapi anda tidak boleh menggunakan wang untuk memberikan rasa aman, tanggungjawab, sikap yang baik serta kepandaian pada anak anda. Hal ini memerlukan waktu dan perhatian yang anda curahkan untuk mereka dan amalan baik yang anda ajarkan. Duit memang membantu kita memenuhi aspek penjagaan, tapi waktu telah membuktikan bahawa keperluan asas tiap anak adalah berapa banyak masa yang diberikan orangtuanya, bukan “duitnya”.
4. Cinta
Cinta tidak boleh dibeli dengan wang, akuilah hal ini benar. Memang dengan duit kita boleh membuat orang tertarik, tapi cinta berasal dari rasa saling menghargai, perhatian, berbagi pengalaman dan kesempatan untuk berkembang bersama. Itu sebabnya banyak pasangan yang berkahwin k
erana duit, tidak bertahan lama atau pun tidak merasa bahagia.
5. Persahabatan

Untuk diterima oleh lingkungan pergaulan dengan sahabat, anda tak perlu duit. Apabila anda ingin diterima, fokuskan tenaga anda untuk membuat diri anda berharga bagi lingkungan sekitar dengan menjadi teman dalam suka dan duka.
6. Kesihatan
Kita memerlukan duit untuk membiayai rawatan dan membeli ubat, tapi duit tidak boleh menggantikan kesihatan yang hilang. Itu sebabnya pepatah lebih baik mencegah daripada mengubati .
7. Kejayaan
Beberapa orang memang ada yang mencapai kejayaan dengan menyogok, tapi ini adalah pengecualian. Kejayaan hanya berasal dari kerja keras, kemahuan, dan rezeki yang tertulis. Ada aspek kecil dari usaha menuju sukses yang boleh didapatkan dengan duit, misalnya mengikuti kursus atau membeli peralatan, tapi kejayaan lebih banyak berasal dari usaha yang anda lakukan sendiri.
8. Bakat
Kita dilahirkan dengan bakat tertentu. Dengan duit, yang boleh kita lakukan adalah mengasah bakat tersebut, misalnya belajar muzik. Namun para pakar mengatakan, untuk menjadi pakar di bidangnya, kita memerlukan bakat semulajadi.
9. Sikap yang baik
Banyak orang yang kaya raya tapi sikapnya kasar,sombong dan cakap besar. Tak sedikit juga orang yang sederhana yang tutur katanya sopan dan menunjukkan rasa hormat pada orang lain. Jadi, jumlah duit yang dimiliki bukan penentu sikap seseorang.
10. Kedamaian
Bila wang boleh membeli kedamaian, barangkali kita tak lagi mendengar tentang perang. Tetapi yang sering terjadi sebaliknya, duitlah yang menjadi sumber pertikaian dan permusuhan.

Nabil Lu kena Pikir Sendiri



Lu pikir la sendiri!!!!
mesti semua ingat ayat neh kan,
ye la ayat pelawak no 1 negara masa nie,
sape lagi kalau bukan Nabil
atau nama sebenar beliau Ahmad Nabil Bin Ahmad

kalau dulu aku gile semua benda tentang Nabil, dari lawak dia hingga la life story dia,
tapi sekarang nie tak lagi sebab perangai dia dah berubah sangat,
dah cam playboy dah tengok dia sekarang nie,
dispointed sangat2, lebih2 lagi bile gambar
dia tengah ber"Kissing"
nak deny pon gak2 la cik abang oi, bukan orang tak kenal awak....
kesian tengok irma,
ye la bercinta bertahun-tahun, tapi last-last bf lak wat hal,
haishh.........
sabar je la ye irma, lelaki yang baik untuk perempuan yang baik,
tak pe la, atleast luka kat hati tue tak ada la dalam sangat,
kalau dah kawin, tup tup tup Nabil wat hal,
menangis tak berlagu woooo.....


pape pon what goes around always comes around
hari nie kita buat kat org sok lusa kena balik kat diri sendiri
so Nabil ayat lu pikir la sendiri tue, better lu guna kat diri lu sendiri





Tuesday, November 23, 2010

Komen aku Pasal Uncle Seekers & Mantan Permaisuri Aisyah


assalammualaikum w.b.t

korang ada baca tak pasal mantan permaisuri aisyah ngan uncle seekers???

kalau nak baca gi kat blog uncle seekers sebab aku memang tak ada masa nak cerita pasal orang tua yang dok merapu meraban tak abis-abis uncleseekers.blogspot.com

aku cume nak komen sikit je pasal benda nie

1. uncle tak malu ke dengan ape yg uncle dok citer kat public? atau memang uncle nie jenis , manusia tak tahu malu?

2. kenapa mesti uncle ada part-part dalam citer yg uncle tulis? kan senang kalau rumuskan jadi 1, pelikan uncle nie cam dah tak de keja je nak buat sampai nak menulis part 1,2,3,4,5,6,7 dan seterusnya lah , adakah untuk mensedapkan lagi cerita uncle?

3.kenapa mesti nak balas dendam/menuntut bela
/bela diri atau apa saja la yg alasan uncle sekalipun wajarkah uncle buat begini? sehingga uncle memalukan diri uncle, mengaibkan mantan permaisuri dan keluarga, sedangkan uncle cakap uncle ikhlas nak tolong? adakah ini keikhlasan yg dimaksudkan?

4. kalau nak bagitahu semua org buat je sidang media, masuk paper, melodi ke, kan senang!
so 1 dunia leh tahu kebodohan uncle

tak bek wooo aibkan org, kalau kau tue bagus sangat tak pe lah, nie kau pon kaki penipu, wei bradeh ingat la sikit , kau tue dah tua, tak sedar diri ke? akal letak kat mana? juboq ka?

last word
FUCK YOU UNCLE SEEKERS